Tuesday, October 13, 2009

Nina Sing a song

Salam, video lama yang aku terjumpa kembali... Nina sing a song... Layan.. zass..

Party Buih



















ASSalam........ hahahahaha mem aku tak de selama 3 hari kerana mengikuti kursus anjuran PPK, seluruh negara berkampung di Regency Neg 9, mengubal dan membincangkan kurikulum yang baru. So, secara automatiknya, aku terpaksa memikul semua tugas di rumah. Geng jahat, berkomplot untuk menyempurnakan satu lagi misi, so mesyuarat perlu diadakan, tapi dimana??? memandangkan aku salah seorang AJK ponteng, so kedatangan aku amat la diharapkan. Tapi..., mem aku pulak tak ada, aku tak blh keluar, terpaksa jaga dua orang anak dara aku tu, so... sebulat suara geng jahat mengadakan meting di rumah aku.. Hahahahaha sambil menonton perlawanan bola....keh keh keh, menyambil jalan raya sekali. Aku juz keluar soft drink aje, geng datang bawak pizzza.. wakakaka selesai... party buih tutup tirai jam 12.30am.. keh keh keh... korang memang sempoi.. patutlah boss bengang aje dengan group kita... Zass....

Happy Besday Daddy


Salam, 11 Okt 2009, besday aku.. Huhuhuhu terasa dah semakin berumur walau hakikatnya, aku sendiri belum bersedia untuk melaluinya... Masih banyak yang belum selesai untuk aku sempurnakan. Adeiii..., Cukup kah masa aku?? Masih sempat kah aku..??
Hmm, kek besday dari Nina.. heheheheh Luv u all...
Zass...

Wednesday, October 7, 2009

Menggambar

1.0 BIDANG : MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukisserta kegiatan dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang menggambar juga menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Di dalam bidang menggambar terdapat pelbagai kegiatan seperti, lukiswan, catan, kolaj, montaj, cetakan,gosokan, resis, percikan dan mozek.

Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia : Sejarah Perkembangan, Langkah Menjayakan dan Isu-isu Semasa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia : Sejarah Perkembangan, Langkah Menjayakan dan Isu-isu Semasa.

1. Pengenalan
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identity kebangsaan dan perpaduan negara. Atas kesedaran inilah lahirnya Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1957. Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.

Tuesday, October 6, 2009

Gadget







Salam.. Pada hari ni, gadget merupakan satu lagi keperluan yang penting dalam proses kita menjalani kehidupan. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, aku pun tak tau, sama ada gadget ini merupakan keperluan atau barang mewah. Tapi bagi aku, gadget yang benar-benar perlu aje yang akan aku beli, ini kerana aku ni pun bukan lah jenis dari orang yang berada.Hmm... ada kengkawan aku mempunyai gadget yang gila bapak punya best, baik dari segi roper mahu pun dari segi harga... ekekekekekeke apa-apa pun.. ader aku Kisah...



hahahahahaha...



zasss