Wednesday, October 7, 2009

Menggambar

1.0 BIDANG : MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukisserta kegiatan dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang menggambar juga menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Di dalam bidang menggambar terdapat pelbagai kegiatan seperti, lukiswan, catan, kolaj, montaj, cetakan,gosokan, resis, percikan dan mozek.



1.1 KEGIATAN LUKISAN
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering . Lukisan dimulakan dengan lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, cetakan dan montaj. Lukisan dihasilkan di atas permukaan yang rata dengan menggunakan media kering seperti, pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Garisan, melorek ton dan menggosok juga dikenali sebagai lukisan. Setiap lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

1.2 KEGIATAN CATAN
Catan merupakan satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata menggunakan berus. Catan mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu samaada yang nyata atau abstrak. Catan merupakan latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media keatas permukaan seperti kanvas, kertas dan dinding. Catan merupakan satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan pelbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Yang paling penting ialah memahami pelbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul.

1.3 KEGIATAN KOLAJ
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kolaj juga bermaksud menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. Kolaj mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Sesuatu objek disusun dan digam supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
2
1.4 KEGIATAN MONTAJ
Montaj adalah satu proses memotong dan menampal pada sesuatu permukaan untuk menghasilkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan dan alam sekitar. Dalam bentuk gambar 2D. kolaj mengandungi imej yang dipotong daripada majalah, gambar foto yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan imej.

1.5 KEGIATAN CETAKAN
Cetakan adalah hasil seni yang menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat keatas satu permukaan. Cetakan juga merupakan proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan yang lain. Semasa membuat cetakan acuan plat digunakan untuk mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
3
1.6 KEGIATAN GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Gosokan juga satu proses penerokaan murid menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan diatas sesuatu permukaan yang berjalinan.

1.7 KEGIATAN RESIS
Resis merupakan satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Resis juga satu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat kepermukaan yang telah disapukan lilin dibahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan- tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
4

1.8 KEGIATAN PERCIKAN
Percikan adalah satu aktiviti menggambar dalam kerja- kerja seni dengan mendetik, mengetuk atau menjentik,merenjis, menyembur dan memercik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan corak-corak tompok dan titik pada lukisan.

1.9 KEGIATAN MOZEK
Mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
Mozek merupakan satu imej yang berasingan dan tidak bertindih,disusun secara bersebelahan. Mozek juga merupakan media seni dimana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik yang disusun dibahagian latar yang di plaster. Selain itu mozek juga merupakan kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.
5

2.0 ALAT, BAHAN DAN MEDIA YANG DIGUNAKAN DALAM
MENGHASILKAN KEGIATAN.

2.1 KEGIATAN LUKISAN
Terdapat pelbagai alat, bahan dan media yang digunakan untuk menjalankan kegiatan lukisan. Alat, bahan dan media ini boleh dibahagikan kepada dua kategori.

ALAT , BAHAN DAN MEDIA
SEMULAJADI
arang
batu
kapur
tanah
BUATAN MANUSIA
pen
pen marker
computer
pastel
krayon
6
Berikut adalah senarai bahan- bahan yang sering digunakanuntuk menghasilkan sebuah lukisan. 1. pensil H

Sejenis pensel jenis keras


2. Pensel B ( 2B – 8B )

Sejenis pensel lembut.

3. Pensel warna

Terdiri daripada pelbagai jenis warna.

4. Arang

Memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan

5. pen dan dakwat

Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas.

6. Soft Pastel

Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut.

7. Krayon

Lembut dan mempunyai kesan lilin.

8. pen marker

Menghasilkan kesan garisan yang tebal

9. Marker penulisan


10. Kapur

Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal.
7

Jenis-jenis kertas lukisan yang digunakan untuk kegiatan melukis adalah seperti berikut;

1. Kertas lukisan biasa

Mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.

2. Kertas cat air

Terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi. Mahal tetapi baik untuk digunakan.

3. Bod bristol

Merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.

4. Kertas ledger bond

Kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.

5. Kertas Ingres

Kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel.

6. Brown paper, kertas computer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi dan kertas surat khabar.
8
2.2 KEGIATAN CATAN
Kualiti sesuatu catan yang dihasilkan bergantung pada penggunaan alat,media, dan bahan yang digunakan semasa proses catan dijalankan. Terdapat pelbagai jenis alatan yang digunakan untuk menghasilkan catan. Antaranya ialah;
1. Pensel yang digunakan untuk membuat lakaran.
2. Pelbagai jenis berus.
3. Pelbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural dan warna tempera.
4. Pelet atau bekas membancuh warna.
5. Botol untuk mengisi air.
6. Kertas lukisan, kertas cap air, kain kanvas, permukaan dinding.
7. Surat khabar

Dalam proses mencatan bahan yang paling penting ialah memahami pelbagai jenis warna dan cara- cara mewarna untuk menghasilkan catan yang menarik.Berikut ialah beberapa jenis warna yang digunakan untuk menghasilkan catan;
9
BAHAN

BAHANTARA

PENGUAT

SIFAT-SIFAT


1 warna
poster

air

Pengilat larut air

bersifat legap dan tebal
cepat kering
boleh lut sinar tetapi tidak separti cat air
sesuai dipermukaan kertas


2.warna
air

air

Gam arab

bersifat lutsinar, lembut
bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis
sesuai di permukaan kertas


3. cat akrilik

Air/ minyak

Plastic cecair warna putih

bersifat lut sinar dan legap
cepat kering
kesan seperti cat air dan cat minyak
dihasilkan dipermukaan kanvas

4. cat minyak

turpentine

Minyak linsid

bersifat legap dan tebal
lambat kering
hanya sesuai atas permukaan kanvas

5.cat tempera

air

Kuning telur

bersifat lut sinar tetapi tidak seperti cat air
sesuai dipermukaan kanvas dan kertas


6. cat Gouache

air

Gam arab

bersifat lut sinar dan legap
cepat kering
sesuai dipermukaan kertas


7. fresko

Kapur plaster

Air / air kapur

bancuhan pewarna dan air disapukan keatas lapisan kapur plaster yang masih lembab
sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural
11

2.3 KEGIATAN KOLAJ

Alat dan media yang digunakan untuk membuat kolaj selalunya ialah objek-objek yang tetdapat disekeliling kita seperti dawai,kaca,plastic,kulit pokok,batu,dedaun kering,lalang ,kain perca,butang,benang,gambar foto,kapas ,tisu,dan sebagainya.

Warna-warna basah seperti cat ,warna poster,warna air,akrilik dan tempera juga digunakan untuk bahagian latar belakang kolaj.warna yang paling baik digunakan dalam menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air. Terdapat pelbagai jenis gam yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja kolaj seperti ;


Media

Jenis

Ketelusan

Kegunaan


1. gam kilat

cair

Lut sinar

Pelekat untuk kertas,kain dan bahan ringan. Boleh digunakan sebagai varnish pada Akhir proses kolaj

2.gam tidak kilat


cair

Lut sinar pada lapisan pertama. Lapisan seterusnya lut cahaya.

Pelekat untuk kertas , kain , bahan ringan.Boleh digunakan sebagai varnish pada akhir proses kolaj.Terlalu banyak lapisan akan mengaburkan gambar di bawahnya.

3. Gam gel

Krim

Lut sinar

Pelekat untuk kertas , kain , kulit kayu pokok , logam. Media yang terdedah akan kelihatan kusam.


4.Gam model

Pekat

Legap

Pelekat untuk batu. Boleh digunakan untuk 3D , dipotong , kikis , warna apabila kering. Kawasan yang tebal memerlukan berjam – jam untuk kering.

5.Gesso

Krim

Legap

Serupa dengan cat akrilik putih. Digunakan untuk menutup bahan berasid sebelum mengecat atau menghasilkan kolaj.

Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj;

Alat
Kegunaan
1. pisau kraf
Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin.
2. gunting
Memotong bentuk bulat dan kain.

3. Plastik tiga segi
Sudut rata dalam setiap potongan menggunakan sudut empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang diperlukan.
4. Pembaris
Membuat potongan yang panjang.

5. French curve
Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.

6. Palet
Untuk kegunaan warna air atau akrilik.

7. Berus
Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.

8. Bekas air
Membersihkan berus daripada kekotoran warna dang am.

9. penggelek
Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya.

10. Plastik
pembungkus
makanan
Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar melindungi kolaj dari tangan yang kotor dan lebihan gam.
11. Span
Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.

12. Kertas tekap
Membuat lakaran.

13. Pensel atau
pen
Membuat lakaran.
14. kompas
Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila pisau blade digunakan bersamanya.
14
2.4 KEGIATAN MONTAJ


Terdapat beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj. Antaranya ;

1. gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan dan
alam benda.

2. Gambar atau ilustrasi dari majalah, surat khabar seperti figura, lanskap,
tumbuh-tumbuhan dan situasi.

3. Gunting, pisau pemotong kertas dan pelbagai jenis gam.

4. Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna poster, dakwat basah
dan berus lukisan.

5. Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan
pengimbas.

6. Bahan-bahan terbuang seperti ganbar-gambar yang dijumpai, cawan, pinggan
Kertas, imej kartun dari majalah.

7.Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa, tiket panggung wayang.
15

2.5 KEGIATAN CETAKAN


Kegiatan cetakan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan,Ini bergantung kepada peringkat atau tahap yang dijalankan. Pada tahap pengenalan , alat dan media yang digunakan adalah seperti kertas lukisan, stamp pad, pelbagai jenis bunga , batang pokok , daun , kertas tisu , span , crayon , warna poster , warna mural , bahan – bahan terbuang , duit syilling , berus , pensil , sikat , kunci , klip kertas dan lain – lain lagi.

Pada tahap pertengahan pula , alat dan bahan yang boleh digunakan adalah seperti tanah liat , plastisin , warna mural , warna poster , berus , kertas lukisan , pisau , stamp pad , cupboard , gam , pelbagai jenis tali , pengelek , minyak lino , getah lino dan lain – lain lagi.

Pada tahap lanjutan pula aktiviti cetakan menggunakan alat , media dan bahan seperti blok kayu , getah lino , pisau untuk memotong , pengelek , dakwat pekat , kertas lukisan , surat khabar , linoleum , blok kayu , silk skrin , sekuji , item stensil , pemotong stensil yang tajam , kadbod tebal , sudu dan lain- lain yang berkenaan.
16

2.6 KEGIATAN GOSOKAN

Alat, bahan dan media yang digunakan dalam kegiatan gosokan adalah terhad kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu sendiri. Antara bahan yang biasa digunakan adalah;

Pelbagai jenis pensel, pensel berasaskan lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang memberikan kesan hals. Kesan graphite pada mata pensel jenis lembut paling sesuai digunakan.
Kapur dan pastel yang berbagai warna juga digunakan tetapi jalinan yang dihasilkan tidak tahan lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh. Perlu gunakan penyembur pemati warna atau fixative untuk melindungi jalinan daripada rosak.
Pelbagai jenis warna krayon dank rayon lilin. Ini dapat memberi kesan gosokan yang lebih nyata.
Arang semulajadi dari pembakaran kayu atau arang pensel.
Kertas surat khabar yang belum bercetak,kertas pengalas rak dapur yang nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian.

Jenis permukaan yang hendak digosok pula, murid boleh gunakan apa yang ada di persekitaran mereka, antaranya ialah;

Permukaan pada kulit buah-buahan yang kasar seperti buah nona,nangka, oren dan nanas.
Peralatan rumah seperti pengayak tepung, penapis kelapa,bakul rotan, tikar, alas meja, alas periuk dan sebagainya.
Pakaian seperti tali pinggang, beg tangan ,topi , tapak kasut dan selipar.
Kenderaan seperti tayarkereta,alas tempat duduk dan alas kaki.
Lain-lain seperti duit syiling, permukaan jalan, cop getah dan sebagainya.

17
2.7 KEGIATAN RESIS

Dalam proses menghasilkan resis, alat, media dan bahan utama yang selalu digunakan ialah lilin. Selain itu alatan lain ialah;
bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin dan ktayon lilin.
Kertas seperti kertas lukisan,kertas tebal,kertas kadbod,dan manila kad.
Kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon,fuji dan cotton lawn kima.
Pelbagai jenis pensel, kapur tulis, bekas air dan pemadam
Pelbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera dan cat rumah.
Pelbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna.

2.8 KEGIATAN PERCIKAN

Terdapat banyak alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan percikan, diantaranya ialah;

Pelbagai jenis berus yang berbagai saiz dan bentuk.
Pelbagai jenis berus gigi,permukaan rata dan beralun.
Pelbagai jenis berus cat.
Pelbagai jenis warna
Pelbagai jenis kertas
Pisau, pita, pelekat,kain buruk dan surat khabar
Pelbagai jenis tumbuhan kering.
18
2.9 KEGIATAN MOZEK

Pada peringkat sekolah rendah alat , bahan dan media yang digunakan untuk menghasilkan mozek bergantung kepada keupayaan murid. Diantaranya ialah;

Pelbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, ertas surat khabar dan kertas binaan.
Pelbagai jenis pelekat seperti gam biasa,gam putih, gam kayu dang am simen.
Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling dan bijirin.
Playar, pembaris dan clear spray.
Bhan semula jadi seperti bunga kering, pelbagai jenis daun kering dan rumput.
Pelbagai jenis bijirin atau objek semula jadi.
Pewarna makanan.
Pensel, pen dan tali,
Kertas pelbagai warna, kaertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna.
19

3.1 CONTOH HASIL KARYA LUKISAN
Kegiatan
Alat, Bahan, Media
Contoh Hasil Karya
1. Lukisan

Pensil H
Pensil B (2B-8B)
Pensil Warna
Arang
Pen dan Dakwat
Soft Pastel
Krayon
Pen Marker
Marker Pelukisan
Kapur
Tajuk : Wajah
Teknik yang digunakan : -Lukisan figura tanpa warna.
- Garisan pensil
http://www.latifm.com/
2. Catan
Pensil
Pelbagai jenis berus
Pelbagai jenis warna
- warna air
- warna poster
- akrilik
- warna minyak
- cat mural
- warna tempera
Palet atau bekas menbancuh warna
Botol untuk mengisi air
Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding.
Surat khabar sebagai alas.
Tajuk : Silent Memories
Teknik yang digunakan :
Cat Akrilik, alkyd dan cat minyak diatas kanvas http://www.latifm.com/
3. Kolaj
Gam
Pisau
Pembaris
Kertas warna
Kertas suratkhabar
Fabric
Tali

Tajuk : Tenang
Teknik yang digunakan :
Potongan kertas dan fabrik
4. Montaj

Gambar sebenar
Gambar ilustrasi
Pisau
Gunting

Tajuk : ...Alexandra...Love.
Teknik yang digunakan :
Gambar sebenar gabungan
http://scrapbook-bytes.com/gallery/

5. Cetakan
Kertas lukisan
‘stamp pad’
Pelbagai bahan untuk tekapan
Kertas tisu
Span, krayon
Warna poster, warna mural,

Tajuk : Buah-buahan
Teknik yang digunakan :
Bayangan gelap
6. Gosokan
Pelbagai jenis pensil
Kapur dan pensil pelbagai warna
Crayon
Kertas lukisan, kertas suratkhabar

Tajuk : Geometri
Teknik yang digunakan :
Gosokan diatas permukaan batu
7. Resis
Lilin (lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin)
Kertas (kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas manila)
Kain (cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima)
Pensel, kapur tulis, bekas air, pemadam
Warna air,warna poster, warna tempera

Tajuk : ‘….hut…’
Teknik yang digunakan :
Warna air, kolaj, media campuran
8. Percikan
Berus lukisan pelbagai bentuk
Berus gigi
Penggelek cetakan pelbagai saiz
Pelbagai jenis warna air
Kertas pelbagai jenis
Warna semburan, pistol semburan
Pisau, pita pelekat,kain buruk, surat khabar

Tajuk : Pemandangan
Teknik yang digunakan :
Lakaran warna lembut dan semburan mengikut lakaran imej
9. Mozek
Kadbod
Kertas lukisan
Kertas menaip
Kertas nota
Gam
Pensel, pen, tali
Kertas warna, kertas majalah berwarna

Tajuk : Alam Haiwan
Teknik yang digunakan :
Mozek potongan kertas
23
3.2 PERBANDINGAN HASIL KARYA
Montaj Lukisan
Tajuk : ...Alexandra...Love Tajuk : Wajah Teknik yang digunakan : Teknik yang digunakan : - Gambar sebenar/gabungan -Lukisan figura tanpa warna.



a) Penerangan / menginterprestasi gambar daripada tajuk / tema.
Hasil karya bertajuk …Alexandra ..Love bertemakan keluarga. Karya ini dihasilkan oleh seorang kanak-kanak bagi mengekspresikan kasih sayangnya terhadap keluarga dengan menginterpretasikan gabungan gambar sebenar dengan kertas bercorak. Ia bertujuan membuat ‘scrap book’ mengenai dirinya.
Manakala lukisan hasil karya Latif Mohamad ini pula menginterpretasikan wajah seorang lelaki melalui lukisan potret.
24
b) Unsur-unsur seni (garisan, warna, rupa, bentuk, ruang , jalinan)
Hasil karya montaj tersebut dihasilkan dengan bantuan perisian komputer. Gambar foto kanak-kanak tersebut ditampal diatas kertas lain untuk menghasilkan satu paparan menarik. Ia bersesuaian dengan tema montaj yang dihasilkan iaitu tema keluarga.
Lukisan potret yang dihasilkan oleh Latif Mohamad ini berunsurkan lukisan figura tanpa warna menggunakan pensil. Kesan ruang dapat dilihat melalui warna gelap dan kontra yang dilukis di sekitar kertas lukisan. Ekpresi wajah jelas kelihatan melalui garisan dan penggunaan warna hitam putih lakaran oleh pelukis,
c) Prinsip-prinsip rekaan (imbangan, pergerakan, kontra, penegasan, kesatuan, kepelbagaian)
Hasil karya kegiatan montaj dapat dilihat keseimbangannya dimana wajah kanak-kanak tersebut diletakkan disudut bawah kertas tersebut. Ia juga dapat menunjukkan kontra dimana terdapat corak yang ditampal dengan foto sebenar kanak-kanak tersebut. Penegasan foto yang diletakkan ditengah-tengah corak yang berserabut dapat memfokuskan pandangan terus kearah foto tersebut. Kontra juga dapat dilihat melalui ruang kosong dan corak bertindih disudut bawah kertas tersebut. Kepelbagaian kurang menyerlah dimana hanya terdapat satu foto sahaja diletakkan di tengah-tengah corak.
Lukisan figura tanpa warna jelas memaparkan keseimbangan warna terang dan gelap melalui ton lakaran gaisan pensil. Pelukis mengekpresikan secara natural hasil karya beliau.
25
4.1 HASIL KERJA SENI

Kerja seni yang dihasilkan ialah mozek dari teknik catan. Terdapat tiga jenis kegiatan dalam hasil ini seperti melukis, garisan dan catan. Dihasilkan dengan beberapa jenis alatan dan media seperti, pensil, pembaris, air,berus, kertas lukisan, warna air dan warna poster. Manakala teknik yang digunakan ialah teknik catan.
4.2 PENERANGAN DAN PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Tema atau tajuk yang yang dilukis ialah haiwan. Menunjukkan gambar ikan di dalam air. Dimulai dengan melakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan mata, sirip dan tumbuhan air supaya lebih menarik. Kemudian buat garisan dengan ukuran 2cm X 2cm dikeseluruhan kertas lukisan termasuk lakaran.Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air. Hadkan warna dengan tiga warna sahaja. Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu di warnakan dengan warna yang berlainan supaya corak ikan akan kelihatan lebih menarik. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil.
26
Alat, bahan dan media yang digunakan ialah, pensil, pembaris, kertas lukisan,air,,berus, warna air atau warna poster.
Teknik yang digunakan pula adalh teknik catan.
Dari segi kritikan pula,hasil seni ini menarik, warnanya menarik, ceria, pelukis menggunakan ruang, garisan,jalinan dan mempunyai warna yang kontra dan harmoni.
Warna yang dipilih kurang menarik, warnanya agak suram dan boleh dibaiki lagi. Warna yang dipilih juga kurang ceria. Warna kontra ialah warna hijau pekat yang menarik perhatian.

4.3 CADANGAN POSITIF DAN CADANGAN NEGATIF DAN CARA
MENINGKATKAN MUTU P& P DALAM BILIK DARJAH

Apabila hasil seni ini dijalankan di dalam bilik darjah, pertama sekali guru mesti menganbil kira kemampuan murid. Kegiatan ini hanya sesuai dilakukan oleh murid tahap 2. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu ataupun kumpulan. Untuk mengelakkan dari masa yang panjang untuk mewarna lebih sesuai jika dilakukan dalam kumpulan. Ini boleh mengeratkan hubungan dan kerja sama antara pelajar.
Negatifnya pula murid sukar mewarna kotak-kotak yang kecil. Murid juga akan cepat berasa bosan jika melakukan seorang diri. Memerlukan kemahiran mewarna supaya hasilnya lebih kemas. Masaalah masa tidak mencukupi juga akan berlaku.
Mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat dipertingkatkan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan pelbagai. Guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik supaya murid tertarik untuk menjalankan aktiviti.
27


HBAE 1403 : MENGGAMBAR



Abu Sareh Harun, (2006). Figura dalam seni halus. Petaling jaya : sasbadi

Gee, K. (2000). Visual Arts. London: The Galef Intitute

Hassan Mohd Ghazali.(2005). Siri Teks referens pendidikan seni visual, Petaling Jaya: Pearson.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

No comments:

Post a Comment