SELAMAT DATANG
12 Jun 2016, 2.00 petang, saya bertolak dari Jasin menuju ke Bandar Enstek untuk menghadiri
satu kursus jangka panjang ( 6 bulan ).
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan perjalanan santai ( 80 - 100 km/j ). Saya
berhenti untuk tidur seketika di tepi jalan ( 15 minit ) apabila mata terlalu kelat untuk memandu.
Tiba di IAB ( Institut Aminuddin Baki ) jam 3.15 petang, membuat pendaftaran kursus dan
mengambil asrama ( C 407 ) di Inapan Damai ... fuhh tingkat empat. Masak aku....
Isnin , 13 Jun 2016, bermula taklimat ( sepanjang minggu pertama ) kemudian baru la bermula
kuliah dalam bentuk kelas. Aku ditempatkan di kelas SR kumpulan 3 ( terdapat 7 kumpulan SR ).
Perjalanan kursus ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan.
Semasa temuduga
Sebelum saya kemari , kami telah dipanggil untuk ditemuduga pada Oktober 2015 di IPG
Perempuan Melayu Melaka. Aku di temuduga oleh seorang Ketua Sektor, Seorang Ketua Unit di
JPN dan seorang wakil MGB Melaka ( bekas guru aku , Pn Nor Aisyah , Guru Besar SK Ayer
Molek ). Kami telah ditemuduga dengan format, 1. Berkumpulan , 2. Individu.
Alhamdullilah aku berjaya dalam temuduga dan ditawarkan ke kursus ini dalam kumpulan
Kohot 2/ 2016.
Sekarang aku disini memula perjalanan di IAB Bandar Enstek.
No comments:
Post a Comment