Salam, video lama yang aku terjumpa kembali... Nina sing a song... Layan.. zass..
Tuesday, October 13, 2009
Party Buih
ASSalam........ hahahahaha mem aku tak de selama 3 hari kerana mengikuti kursus anjuran PPK, seluruh negara berkampung di Regency Neg 9, mengubal dan membincangkan kurikulum yang baru. So, secara automatiknya, aku terpaksa memikul semua tugas di rumah. Geng jahat, berkomplot untuk menyempurnakan satu lagi misi, so mesyuarat perlu diadakan, tapi dimana??? memandangkan aku salah seorang AJK ponteng, so kedatangan aku amat la diharapkan. Tapi..., mem aku pulak tak ada, aku tak blh keluar, terpaksa jaga dua orang anak dara aku tu, so... sebulat suara geng jahat mengadakan meting di rumah aku.. Hahahahaha sambil menonton perlawanan bola....keh keh keh, menyambil jalan raya sekali. Aku juz keluar soft drink aje, geng datang bawak pizzza.. wakakaka selesai... party buih tutup tirai jam 12.30am.. keh keh keh... korang memang sempoi.. patutlah boss bengang aje dengan group kita... Zass....
Happy Besday Daddy
Salam, 11 Okt 2009, besday aku.. Huhuhuhu terasa dah semakin berumur walau hakikatnya, aku sendiri belum bersedia untuk melaluinya... Masih banyak yang belum selesai untuk aku sempurnakan. Adeiii..., Cukup kah masa aku?? Masih sempat kah aku..??
Hmm, kek besday dari Nina.. heheheheh Luv u all...
Zass...
Wednesday, October 7, 2009
Menggambar
1.0 BIDANG : MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukisserta kegiatan dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang menggambar juga menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Di dalam bidang menggambar terdapat pelbagai kegiatan seperti, lukiswan, catan, kolaj, montaj, cetakan,gosokan, resis, percikan dan mozek.

Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia : Sejarah Perkembangan, Langkah Menjayakan dan Isu-isu Semasa.
Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia : Sejarah Perkembangan, Langkah Menjayakan dan Isu-isu Semasa.
1. Pengenalan
Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identity kebangsaan dan perpaduan negara. Atas kesedaran inilah lahirnya Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1957. Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976.

Tuesday, October 6, 2009
Gadget
Salam.. Pada hari ni, gadget merupakan satu lagi keperluan yang penting dalam proses kita menjalani kehidupan. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, aku pun tak tau, sama ada gadget ini merupakan keperluan atau barang mewah. Tapi bagi aku, gadget yang benar-benar perlu aje yang akan aku beli, ini kerana aku ni pun bukan lah jenis dari orang yang berada.Hmm... ada kengkawan aku mempunyai gadget yang gila bapak punya best, baik dari segi roper mahu pun dari segi harga... ekekekekekeke apa-apa pun.. ader aku Kisah...
hahahahahaha...
zasss
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Thursday, September 17, 2009
Ayat-Ayat Cinta
Ayat-Ayat Cinta o.a Rossa
Insyirah performing Ayat-Ayat Cinta...She juz 4 year old... EnJoy.....
Jaguh
Macam mana? ada potensi jugak jaguh ni kalau dicostumkan. Ni bukan moto aku, tapi my friend, masih dalam pembinaan lagi ni. Kita dalam menempuh kehidupan macam ni la jugak, kadang-kadang kena makeup sana sini sikit, supaya nampak cantik dan dapat mengurangkan kecatatan. Bukan tidak mensyukuri pemberian Allah s.w.t tetapi bagi mencantikkan lagi kurniaan Illahi, dalam ibadah, bersolat itu tiang agama, tetapi nampak cantik jika disulami dengan zikir selepas solat , lebih sempurna jika di ikuti dengan puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain.
Bukan mengata orang, tapi mengingatkan diri sendiri...
Zass...
Bukan mengata orang, tapi mengingatkan diri sendiri...
Zass...
Antara Sandal dan Capal.
Sedang kita sering mengejar hari ini dan esok, kita sering terlupa akan hari semalam. Aku puas mencari sandal design terkini dan harga yang munasabah, lepas satu, satu pasaraya aku redah, just untuk mencari sandal raya untuk ayahanda aku, and at last aku jumpa sepasang sandal berjenama, lalu aku beli dan hantar ke kampung dengan perasaan yang berbunga-bunga, dengan harapan dapat ayahanda aku bergaya di pagi raya. Besoknya, bonda aku call, menurut katanya, sandal aku kena reject, adeeiiii.... letih pakcik mendengor nya... Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena, mungkin ayahanda aku ada merasa hati dengan aku, so besoknya aku ambil semula sandal itu dan meredah semula pasaraya untuk mencari sesuatu yang boleh menggembirakannya. Akhirnya, aku terperasan gerai dikaki lima yang merepair kasut, aku ronda, dan buat keputusan untuk membeli sapasang capal buatan tempatan. Alhamdullilah, nampak macam Ayahanda aku berkenan. Mudah-mudahan...., satu yang aku belajar dari peristiwa ini. parents kita ni, semakin berumur, semakin manja dan sensitif, terutama dengan anak-anak. Nasihat aku, kita kena banyak bersabar, buat derk aje, jangan ambik hati sangat. Pesan dengan isteri macam tu juga, coz.., mungkin ini la kali terakhir kita berbakti dengan depa, mudah-mudahan kita tak menyesal di kemudian hari. Sayangi lah kedua oranag tua kita semasa dan selepas mereka tiada.
Zass...
Zass...
Sunday, September 13, 2009
لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.
Keistimewaan: Dalam Al Qur'an, tepatnya Surat Al Qadar malam ini dikatakan memiliki nilai lebih baik dari seribu, bulan .97:1 Pada malam ini juga dikisahkan Al Qur'an diturunkan, seperti dikisahkan pada surat Ad Dukhan ayat 3-6. 44:3
ps.. Perasan tak cuaca pada hari ini...... mudah-mudahan amalan kita diterimaNya... Amin

Wednesday, September 9, 2009
BiLa tayar meletop
Salam, ptg semalam tayar kereta aku plak meletup dan bersepai. Pecah teruk, nasib baik aku tak de apa-apa. Jalan pun tak laju, tiba-tiba kereta aku berbuai, nasib baik membuang ke tepi, klu ke tengah jalan, nahas gak aku. Pi balik, cari kat garaj rumah, jumpa sebijik tayar yang masih blh dipakai lagi. so, bawak kedai pi salin aje la. Hm.. kereta tu pun dah 2 minggu tak jalan, cadang tadi nak panaskan enjin la. Lepas tukar tayar, terus bawak gi basuh.
zass..
Tuesday, September 8, 2009
Al Jabbar
Salam,
Ari nie nak cerita pasal Al Jabbar. Baru sampai, cadangnya untuk dibuat rawatan buat ayahanda. Berbentuk kapsul dengan harga sebotol rm300, set ni biasanya berharga rm3000.00 tapi yang ni dapat pada harga rm1500.00 sahaja. Tonik Hati Al Jabbar ini berfungsi melancarkan perjalanan darah dan tonik hati. Peraturan makan, 2 kali sehari, 1 kapsul pagi, 1 kapsul mlm iaitu 1/2 jam selepas makan. Salah satu ikhtiar, mudah-mudahan, isyaAllah...

Monday, September 7, 2009
liver Cancer
Salam.., Tadi dapt call dari Doc Selayang mengesahkan Nearest 100% ayah aku mghidap liver cancer..., jankitan dah meliputi 70% kawasan hatinyer, kaedah rawatan...? Doc kata, cuma blh bagi penahan sakit dan ubat penyegar hati bagi mengelakkan hati yang elok menjadi parah sama. HUh!! Aku dah dpt jangkakan semenjak buat rawatan di Melaka lagi, patut la berat aje hati aku... hm.. mcm mana aku nak sampaikan berita ni kat dia pun aku tak tau. Doc juga menasihatkan aku supaya menyerahkan segala-galanya kepada DIA.
Doc juga ada kata, puncanya dipercayai daripada Hep C yang dihidapi. Entahla..
so far ayah aku ok lagi nampaknya, harapan cuma tinggal 2 tahun sahaja. Untuk jangka masa terdekat ni, doc suruh perhatikan perubahan fizikalnya, seperti kuning dan kembung perut.

UPSR
Salam,
Hari ini 8 September - 10 September 2009, Seluruh negara, semua pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya anak-anak.
Hari ini 8 September - 10 September 2009, Seluruh negara, semua pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya anak-anak.
Sunday, September 6, 2009
Kopiah Hj Mohd Idris
Salam,
Semalam ada ceramah Mat Sabu, so..., aku gi jenguk jap ngan kawan aku, hmm... terjumpa kopiah ni, mmg sebelum ni pun aku mmg pakai kopiah brand ni, cuma lately ni, mmg payah nak jumpa, klu jumpa pun harga mengarut.Kopiah ni di asaskan oleh Hj Mohd Idris dari Bukit Mertajam, kini diteruskan oleh anak beliau iaitu Hj Abd Patah bin Hj Mohd Idris, kelebihan kopiah ni, kemas kerjanya, cantik, dan terletak aje apa bila dipakai. Kopiah ini juga sangat selesa dipakai dan tahan lama jika dijaga dengan cermat. Paling murah boleh didapati dengan harga rm60 dan boleh mencecah sehingga rm400 / unit. Aku sendiri mempunyai 5 unit yang berbeza kualiti. so, kecek punya kecek aku beli la satu dengan harga rm70 seunit. Buat kopiah raya nanti. Member aku pun sambau seunit. Hehehehe siapa yang biasa pakai kopiah taula logo dia.
Zasss...
Mesyuarat Pengurusan.
Salam.., macam biasa mesyuarat-mesyuarat yang lain..., HUH!! menjadi bahan perli boss aje..
Arghh... bosan arr... Apa yang aku tau, semua kerja aku da lakukan yang terbaik. Nak terima atau tidak, pandai ko la..., apa yang penting , aku kerja ikhlas.
Sepekara lagi, siap ckp, siapa yg lambat masuk, cepat balik....
punchkan org lain, tok sah mimpi la utk anugerah kualiti..
ekekekekekeke Ada Aku KEsah...
Wakakakaka

Salam Perkenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)