Thursday, September 17, 2009

Antara Sandal dan Capal.







Sedang kita sering mengejar hari ini dan esok, kita sering terlupa akan hari semalam. Aku puas mencari sandal design terkini dan harga yang munasabah, lepas satu, satu pasaraya aku redah, just untuk mencari sandal raya untuk ayahanda aku, and at last aku jumpa sepasang sandal berjenama, lalu aku beli dan hantar ke kampung dengan perasaan yang berbunga-bunga, dengan harapan dapat ayahanda aku bergaya di pagi raya. Besoknya, bonda aku call, menurut katanya, sandal aku kena reject, adeeiiii.... letih pakcik mendengor nya... Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena, mungkin ayahanda aku ada merasa hati dengan aku, so besoknya aku ambil semula sandal itu dan meredah semula pasaraya untuk mencari sesuatu yang boleh menggembirakannya. Akhirnya, aku terperasan gerai dikaki lima yang merepair kasut, aku ronda, dan buat keputusan untuk membeli sapasang capal buatan tempatan. Alhamdullilah, nampak macam Ayahanda aku berkenan. Mudah-mudahan...., satu yang aku belajar dari peristiwa ini. parents kita ni, semakin berumur, semakin manja dan sensitif, terutama dengan anak-anak. Nasihat aku, kita kena banyak bersabar, buat derk aje, jangan ambik hati sangat. Pesan dengan isteri macam tu juga, coz.., mungkin ini la kali terakhir kita berbakti dengan depa, mudah-mudahan kita tak menyesal di kemudian hari. Sayangi lah kedua oranag tua kita semasa dan selepas mereka tiada.
Zass...

No comments:

Post a Comment