Salam, akhirnya... pada tanggal 24 Disember 2009, ayahanda yang dikasihi "Mohamed Bin Laya" telah kembali ke ramatullah setelah berjuang selama 8 bulan menentang kanser hati yang dihidapi. Beliau meninggal dengan isteri ,semua anak menantu, cucu-cucu dan saudara-mara terdekat disisi di Hospital Salayang pada jam 4.15 petang, bersamaan azan asar. Sesungguhnya beliau sememangnya seorang ayah yang tegas dan garang, namun jauh disudut hatinya terpancar kasih sayang, dan beliau begitu mengambil berat tentang anak cucu nya. Kami amat menyayangi ayah... Al Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment