Tuesday, September 28, 2010

hutang oh hutang

Kisah benar buat tatapan isteri dan sahabat penulis, bersama-sama lah kita mengambil iktibar bersama-sama, insyaallah.

012 - Salam, cikgu pidah. Tak payahla ko dgn kwn ko tu susah payah mengadu aku ke mana, aku buat apa kat bini aku.Adalah lebih afdal pd hari gaji ni ko byr aje balance hutang aku tu, pastu, aku tak kenal ko, ko tak kenal aku. Aku tak hutang ko, ko tak hutang aku. Ingat tu, ko pun bknnya m'laikat , bkwn dgn laki org pun. So, slmt hr raya la.

017 - ko xyah risau psl utang ko 2 psl aku x pnh lupa. Lg 1 sejak ko bising kat wall aku dl, aku dh psn kat bini ko jgn tanya apa2 lg.
017 - so kalu bini ko dpt apa2lg aduan, aku x pnh t'libat.
017 - Lg 1, kalu ko ada mslh ngan bini ko, ko settle sndiri. Jgn nak tuding jari slhkn org.
017 - Bini ko sendiri yg telefon merata siasat psl ko. Dia bknnyer bodoh.
017 - Mmg sll bini ko col aku tanya memcm, aku bgtau sekadar prlu supaya x nampak sgt aku cover. Cb gak cover ko.
017 - Aku mls la nak gaduh ngan ko ni. Klu pasal rm 200 aku bank in kan la nnt.
017 - Ko x tau apa2 psl urusan idup aku t'kini, xyah nak tuduh aku kwn ngan laki org.
017 - Jgn igt ko bagus sgt kalu stkt blasah duit bini utk bergaya n b'lagak. X yah nak b'lagak ngaku dg41 kalu stkt br nak wat kat oum 2.

012 - Ada aku kisah ? Hahaha dunia, dunia. Ohya, aku ada terbaca , ada org pm fb bini aku, bgtau, kwn dia jumpa aku kat mall. Bkn ko kot, ko kan baik. Mana buat mcm tu, lain ar aku. Jahat hahahahaha

017 - Oi bangsat! Kwn aku perasan muka psl ko sll komen kat wall aku dl. Aku tanya bini ko btl atau korang kat parkson/jusco psl aku sendiri x prh jumpa ko.
017 - Yg tu pn ko nak kecoh sgt apahal? ko ngan betina ke? Ko igt aku hadap sgt ke psl ko?
017 - Jgn risau. Kalu aku b'niat nk songlap duit ko, aku x byr dulu lg.

012 - Klu da bnk in nnt, msg la yea. Tq.

017 - G mampus la ko.

012 - Bwk la mgucap, ada aku maki ko, cikg u ida?

017 -  Lantak ko la. Ngadu kat bini tukar cite eh? X ckp lak mulut ko mcm sial.

012 - Hahahaha dunia blas dunia ida.Smga ko sukses. Aku doakan.

017 - Suka ati aku la.

012 - Lantak ko la ida. Ko byr aje la utang aku. Pastu da. Noktah. Abis cerita. Harap besok, dpt khabar gembira dr ko. Salam. 

017 - Oi bngsat! Xyah bising la kalu psl rm200. Kalu ko nak sgt, x smpt tunggu sok, ko trn amik sndiri la. Ntah duit bini, ntah sendiri. Kepoh mcm ayam pndan.

012 - Oh.. mcm 2 ke? Bkn jauh pun smk teknik sepang tu, hehehehehe, aku mintak duit ku aje. Bkn duit ko pun. Lg pun, da gajikan? so, aku rasa tak de masalah kot... cikgu pidah.

017 - Memndangkn ko x menyempt sgt, aku g byr skang. Ko cek je la mlm kang. Tima kasih bebyk ye.

012 - La, mintak duit sendiri pun salah ke..? Satu sen bunga aku tak charge, kira tolong aje. Betul-betul mcm lepaskan anjing yg tersepit. Isk isk isk aku tau , ko mmg tak suka aku g sek kn? So, bnk in aje ar. Aku tunggu esok.

017 - Xper. Jgn risau. Aku bank in skang. Aku kuar skang. Tima kshla bebyk lpskan anjing ni. Ko kn mulia.

012 - Sama-sama cikgu ida, Lepas ni , aku x kenal ko lg. So, dgn penuh rasa rendah diri dan penuh kekesalan aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku pd ko, baik dr segi petuturan mahu pun dr tingkah laku, mana yg aku sedar mahu pun tidak. Ikhlasnya, ko mmg seorg kwn yg baik. Aku gembira mnegenali ko wpun seketika. Maaf aku dgn isteriku. Terima sekali lg kawan :).

017 - Xyah b'lakon bgs.
017 -  
017 - Aku harap ko ngan bini ko pn jgn ganggu idup aku lg.
017 - Aku dan bank in kn, moga ko happy dgn rm 200 ko tu. Aku pun x hadap nak mkn duit ko. Kalau aku nak menipu duit ko 2, aku tak byr rm300 dl. Aku x kaya pun dgn duit ko tu. Anyway tima ksh bebyk. Maafla ats sgl slh aku pd ko. Mcm yg ko ckp, lps noktah.


ps..Hmm, dlm pd yg sama 017 ada sms isteri 012 utk mengadu dumba, msg 017 akan di uploadkan sedikit hari lg. Moralnyer, jgn la kita menolong seseorg yg tidak mampu menunaikan janji, jangan percaya seseorang semudahnya jika berkaitan hal pinjam meminjam, tak semua yg kita nampak baik di luar, baik juga di dlmnya. Semoga penulis, isteri , keluarga dan para sahabat tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Saturday, September 18, 2010

Redha Suami.

Satu Peringatan buat isteriku, dan para sahabat-sahabatku, walaupun aku tak sesempurna kamu, tapi aku punya cita-cita untuk membahagiakan kamu ..... Jangan sesekali merahsiakan perjalanan kamu dari suamimu, jangan sesekali mengutamakan majikan kamu dari suami kamu, takut-takut suami kamu berkecil hati dengan kamu lantas tidak meredhai kamu....


“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”
“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”
“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”
“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”
“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”
“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”
“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”
“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”
“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”
“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”
“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”
“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”
“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”
“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”
“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”
“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”
“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”
“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”
“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”

Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(al-Syura: 30)

Wasiat Rasullulah kepada Ali

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah telah bersabda kepadaku dengan mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:
1. Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang, bahawasanya sesiapa yang memasuki tempat mandi separas pinggang, maka dia mendapat laknat dari jari telunjuk dan di jari tengah.
2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Hai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istigfar "Rabighfirlifainahu layaghfirul-zunuba illa Anta" (Ya Tuhanku ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Lalu Allah berfirman, "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".
4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta, bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sidiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.
5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan-Nya.
7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok, bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah, bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi, bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah, apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya, pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukkan daripada Allah.
12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau benci juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman, dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu, hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Hai Ali, peliharalah pesanku (wasiatku), engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan, Insya-Allah.

Wasiat Terakhir Saidina Ali r.a


Pada 17 Ramadhan, Saidina Ali r.a telah wafat setelah dibunuh di dalam satu pengkhianatan oleh Ibnu Muljam. Peristiwa ini berlaku di Kufah, ibu negara Islam pada masa itu.
Ketika Saidina Ali r.a. sedang nazak kesakitan, beliau memperbanyakkan membaca zikir ‘la ilaha ilallah’. Di hujung hayatnya, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya, Hasan dan Husain r.a. Wasiat tersebut telah di tulis oleh mereka.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)
Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”
Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”
Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.
Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.
Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:
“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. :)

Tuesday, September 7, 2010

Dosa Tanggungjawab

Salam, hari ni penulis ingin mencatatkan mengenai dosa tanggungjawab. Sebagai ketua keluarga ( Lelaki ) kita sering berjaya menangani pekara-pekara yang berkaitan kerjaya dan keluarga kita sepanjang hari. Namun, ada kalanya kita terperangkap dengan dosa yang boleh dikategorikan sebagai dosa tanggungjawab. Apa yang dikatakan dosa tanggungjawab??
Apa yang penulis ingin kaitkan disini adalah dosa yang sering kita lakukan yang melibatkan individu yang menjadi tanggungjawab kita. Sebagai contoh insan-insan tersayang yang berada disekeliling kita. Acapkali berlaku situasi dimana kita diuji dengan insan-insan ini, keputusan , pandangan atau perihal kehidupan seharian kita digugat , dicabar cuba diubah oleh insan-insan ini tanpa pengetahuan dan makluman kita dengan indikator dan alasan mereka tersendiri sedangkan mereka sedia maklum keputusan yang telah kita ambil sebelumnya. Bagaimana rasanya apabila insan-insan tersayang ini melakukan pekara ini terhadap kita? Bagaimana kita akan menghadapinya..? adakah kita akan membantah, dan menegakkan pendirian kita..? Atau kita hanya diam dan menurut sahaja dengan memendamkan sahaja perasaan dan hati kita..??