Tuesday, September 7, 2010

Dosa Tanggungjawab

Salam, hari ni penulis ingin mencatatkan mengenai dosa tanggungjawab. Sebagai ketua keluarga ( Lelaki ) kita sering berjaya menangani pekara-pekara yang berkaitan kerjaya dan keluarga kita sepanjang hari. Namun, ada kalanya kita terperangkap dengan dosa yang boleh dikategorikan sebagai dosa tanggungjawab. Apa yang dikatakan dosa tanggungjawab??
Apa yang penulis ingin kaitkan disini adalah dosa yang sering kita lakukan yang melibatkan individu yang menjadi tanggungjawab kita. Sebagai contoh insan-insan tersayang yang berada disekeliling kita. Acapkali berlaku situasi dimana kita diuji dengan insan-insan ini, keputusan , pandangan atau perihal kehidupan seharian kita digugat , dicabar cuba diubah oleh insan-insan ini tanpa pengetahuan dan makluman kita dengan indikator dan alasan mereka tersendiri sedangkan mereka sedia maklum keputusan yang telah kita ambil sebelumnya. Bagaimana rasanya apabila insan-insan tersayang ini melakukan pekara ini terhadap kita? Bagaimana kita akan menghadapinya..? adakah kita akan membantah, dan menegakkan pendirian kita..? Atau kita hanya diam dan menurut sahaja dengan memendamkan sahaja perasaan dan hati kita..??

No comments:

Post a Comment