Thursday, June 9, 2016

Dr Martens aka Docmart aka DMs ~ Sejarah

Boots Dr Martens



Pada pendapat aku rata-rata peminat kasut atau muzik "keras" mesti mengenali kasut ni. Aku terjebak dengan kasut ini dlm tempoh masa yang agak lama jugak la, dari harga rm200+- hingga la kini mencecah hingga ribuaan ringgit. So, mungkin entry berkaitan Docmart ni , aku akan tulis dalam dua tiga entry akan datang. Aku akan buat pecahan dari segi sejarah, jenis, penjagaan dan pengalaman bersama....

So pada kali ini aku nak mula kan dengan sejarah docmart....

Paha hari ini kasut DM merupakan satu fesyen yang sangat cool. Kita boleh lihat pelbagai umur, budaya berlatar belakangkan pelbagai sosioekonomi mengenakan boots ni. Sangat cool... hehe dan umumnya mereka semua tahu bahawa sejarah kasut ini adalah bermula dengan kasut kerja golongan pertengahan / bawahan dizaman era perang kedua.


Sejarah Dr Martens

Sebenarnya kasut Dr Martens ni berasal dari Jerman, ianya dicipta oleh seorang dr perubatan perang jerman yang bernama Dr Klaus Marten . Selepas perang , Dr Klaus Marten men dapat kecederaan semasa bermain ski, beliau dapati kasut yang dipakai tidak selesa dan menyakitkan. Selepas itu, beliau telah mereka sepasang kasut dengan menggunakan kulit yang lebih lembut serta bahan yang lebig lembut. Berbekalkan modal yang kecil beliau telah membuka kedai dengan dibantu oleh wanita-wanita dipersekitaran untuk menjahit. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1945.


                                 Kanan Dr Marten bersama Dr Herbert Funck di sebelah kiri

Pada 1947, Dr Marten telah bertemu dengan Dr Herbert Funck yang berminat dengan rekaan kasutnya. Pada 1952 mereka telah membesarkan lagi kilang kasut mereka dan menjelang 1959 mereka telah menjual kasut mereka ke peringkat antarabangsa.


Tetapi pada 1960, Syarikat pengeluar kasut British , R. Griggs Ltd telah berminat dan membeli paten kasut Dr Martens. Selepas itu, R.Gringgs telah menambah benang lilitan keliling kuning dan menambah air-cushioned soles atau "airwair" sebagai tanda trademarked mereka. Menjelang 1 April 1960, mereka telah menggeluarkan kasut Dr Martens yang baru dan mendapat tempat dikalangan pekerja kelas pertengahan dan bawahan seperti posmen, polis dan pekerja kilang. Dan ianyan terus menjadi pilhan dan terjual dengan banyaknya.



                                                            Dr Martens 8 lubang 1460

Kasut ini menjadi betul-betul popular sekitar 70an apabila kasut ini terlibat dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka mods, skinhead, punk , Rock n Roll, Ska, Gothick , Industrial, Hardcore dan Newwave . Semua kumpulan ni memiliki band muzik mereka yang tersendiri. Mereka memakai boots DM dengan gaya dan cara pemakaian mereka yang tersendiri,





Pada hari ini kasut DM telah dibuat dibeberapa buat negara, kasut yang datang dari kilang asal akan dipanggil MIE ( Made In England ) dan ada yang dibuat di China ( MIC ) , Thailand dan Vietnam. Secara jujurnya, ada kelebihan dan keburukan membeli kasut MIE dan MIC ni. Tepuk dada tanya selera. ( Nanti aku cerita dlm entry lain )


Sehingga sekarang DM terus diminati diseluruh dunia.


Secara jujurnya aku cuma memiliki 2 pasang DrMartens 1460. hahahaha

Satu dibeli baru dan sepasang lagi dibeli dibundle. :)

Di Malaysia , kasut MIE ni boleh di dapati di butik Dr Martens ( bagi yang berwang ) di Gardens sebelah Mid Valley atau membelli secara on line. :)


Okies Chow.. nanti sambung di entry lain berkaitan DMs ni..



No comments:

Post a Comment