Wednesday, June 8, 2016

Kasut


Ok, bercerita pasal kasut ni, terdapat pelbagai jenis dan rupa kasut. Kita terdedah dengan pelbagai pilihan kasut dan kebiasaannya kita akan membeli berdasarkan keselesaan dan rupa selain faktor harga dan ransangan sekeliling.

Bagi aku, cuma 2 jenis kasut yang menjadi pilhan aku , iaitu, kasut sukan dan boots. Aku kurang berminat dengan kasut casual dan kasut pejabat (walaupun aku terpaksa memakai kasut pejabat sewaktu bekerja) kerana kasut tu kelihatan "poyo"  ekekeke.



Kasut Sukan
Sebelum ini, aku membeli kasut berdasarkan budget yang kecil (zaman sekolah terikat dengan budget mak ayah, zaman belajar terikat dengan duit elaun) so pilihan aku sekadar kasut yang dalam budget aje, pilihan terbatas , jadi aku tidak terikat dengan jenama. Aku akan membeli kasut yang bersesuaian dengan budget aku.

Tetapi setelah bekerja, aku menabung untuk mendapatkan kasut berjenama yang menjadi pilhan. Sebelum ini aku memilih kasut sukan berjenama Nike sebagai pilihan, namun bagi aku selepas memiliki 3 pasang kasut berjenama ini, ianya tidak bergitu sesuai dengan kaki aku.
1. ia tidak selesa semasa memakainya, mungkin kaki aku jenis jari panjang kot..???
2. aku dapati kasut jenis ni tak tahan dengan gaya pemakaian aku ( selalu rosak )
                          Adidas neo - kasut pilihan aku untuk g jenjalan

                            Adidas climacool - kasut bersukan / jogg aku.

Jadi aku mencuba kasut sukan berjenama adidas. Yess... kasut jenama ini memberi keselesaan kat aku, sehinggakan aku hanya memakai kasut berjenama ini sahaja sekarang ni, dan memiliki beberapa jenis kasut ini . Kasut sukan dan casual pilihan aku sekarang adalah dari jenama adidas, dan kebanyakkannya adalah dari jenis vintaj atau kasut adidas lama yang dikeluarkan semula. Antara yang menjadi pilihan adalah samba, fuh...mmg tak lapuk dek masa hehehehe.

                         Adidas samba - vintage , tak lapuk dek zaman n masa

Kasut gi kerja
Hahahaha, untuk orang yang bekerja disektor kolar putih (konun), kebiasaanya dikaitkan dengan kasut pejabat, kulit, kilat, bermuncung tajam (buweekk), bertumit. Tapi aku tak selesa dengan kasut sebegini ( tak tahu kenapa ), aku lebih berminat dengan kasut yang kelihatan lebih ranggi.. hehehe da lama aku meminat kasut jenis boots dan lagoon .

Kasut jenis yang aku minat ini kelihatan lebih cool, lasak, darling dan selamba. Selain dari itu, kasut jenis ni pun kebiasaannya tahan lama .

                                              Dr Martens 1460 aka docmart
                                                       Boots Camel


Aku memiliki dua jenis pilhan untuk kasut jenis ni, pertama - camel dan kedua - dr martens. Harga untuk kedua jenama ni mmg agak "keras" , namun aku tak berkira sangat janji puas hati. Untuk jenama dr martens aka doc mart, aku lebih terbuka, kasut bundle pun aku sapu, janji bersesuaian dengan saiz dan masih dalam keadaan baik.

Akan datang aku akan berkongsi cara penjagaan kasut ni.

Selain daripada itu, aku juga meminat kasut converse. Ini mungkin disebabkan zaman pembelajaran aku dulu ( 90 - 95 ) aku dipengaruhi oleh genre muzik berirama grunge terutamanya dari kumpulan Nirvana dan pada masa tu, vokalis dan pemain gitar utama Kurt Cobain mengenakan kasut jenis ni... ekekeke



*** gambar adalah dari carian google tetapi menepati jenis dan jenama yang aku miliki.

:)

No comments:

Post a Comment